Sunday, January 23, 2011

Mee Kari


Mee Kari adalah salah satu makanan kegemaran. Kalau keluar je ketempat yang nak dituju mesti memikirkan di mana boleh didapati mee kari yang sedap. Bukan senang nak dpt mee kari yg boleh diterima oleh tekak nie. Megalahkan orang mengandung....huhuhu.






Mee Kari hasil dari tangan sendiri.

Nanti klu ade masa akan diuploadkan gmbr2x mee kari yang pernah dimakan.




Haaaa....nie mee kari fvrt (ikut tekak sendiri jer)...selalu gak gi makan kat restoran nie....terletak di Shah Alam, Kompleks PKNS....ape lagi..jom ler....

Sakit Telinga

Pada bulan posa tahun lepas bermulalah sejarah dimana sakit telinga sebelah kiri terasa gatal2x dan tiba2x tak berapa dengar akibat terkena jangkitan kulat dan spora. Sudah ramai doktor2x yang ditemui, bermula dari klinik kerajaan, kelinik swasta, hospital swasta dan akhir sekali doktor suggestkan pergi ke HUKM buat susulan rawatan selanjutnya. Akhirnye terjawab sudah. Gegendang didapati bocor 20% akibat terkena jangkinan spora dan kulat. Doktor menasihatkan supaya telinga mesti sentiasa kering dan jangan sesekali korek dgn mengunakan koton bud. Tapi diri ini punya la degilnyer, tetap gak mengorek menggunakan koton bud....huhuhu...apelagi sakit telinga dtg kembali dengan hormatnye....padan muka aku!!!....tak nk dengar kate....




Di antara ubat-ubatan yg di berikan oleh pihak hospital.

Sunday, January 16, 2011

Muffin Coklat

Sebelum ini sudah beberapa kali bapa mertua dimasukkan ke hospital, akibat sakit jantung dan paru-paru berair. Hari Jumaat malam dapat berita bapa mertua sekali lagi di masukkan hospital. Buat masa kini keadaannya agak stabil hanya tak berapa kuat untuk berjalan. Mudah-mudahan bapa mertua ku cepat sembuh..amin.



Adik2x Ipar bersama bapa mertua.



Sebelum bergerak ke hospital sempat lagi Muffin Coklat di buat. Cadangan untuk dibawa ke hospital sebagai buah tangan.



Muffin yang bersaiz kecil.
Related Posts with Thumbnails