Friday, December 31, 2010

Apam Polka Dot

Baru balik dari JJ-AlphaAngel dari membeli kasut sekolah untuk Faisal yang tidak cukup sepasang lagi. Tiba-tiba terasa nak buat Apam Polka Dot, so resepinya di ambil dari Lilydvalley @ MyResipi, minta izin yer!!!. Jom kite layan apam yang telah siap dan sedap di makan tapi tak berapa cantik. Siap promo lagi dengan adik-beradik.





Bahan-bahan ( 40 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara
  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak dengan api yang perlahan.

Tat Buah

First try, hasil tangan tat buah yang disukai oleh hubby. Sebelum ini selalu jer beli di JJ-MV. Haaaa!!!! kali ini buat sendiri dan resepinya diambil dari!!!!!!!.... tak ingat la. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada yang empunya resepi ini.








Bahan-bahan ( Anggaran dlm 40 biji saiz mini )

  • 250 gm butter, suhu bilik
  • 120 gm gula ising
  • 2 biji kuning telur
  • 440 gm tepung gandum, diayak dahulu
  • 1 tsp esen vanilla
  • Inti Kastad: 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
  • 8 tbsp gula kastor
  • 2 cwn (500ml) susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 tbsp (30 gm) mentega
  • Buah Utk Hiasan: Peach dalam tin, dihiris ikut suka (atau apa2 buah yg berkenan d hati.

Cara-cara

  1. Adun semua bahan hingga menjadi doh. Gelek diatas papan pencanai setebal 5mm.
  2. Susun acuan tart diatas dulang pembakar. Ambil sedikit doh lalu tekapkan ke atas acuan, tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut di dalam bentuk acuan & trim dengan pisau di tepinya.
  3. Panaskan oven pada suhu 175C.
  4. Cucuk dengan garfu di tengah2 doh tersebut lalu bakar selama 20min atau sehingga kekuningan.
  5. Keluarkan dari oven & tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan.
  6. Cara Membuat Inti Kastad: Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.
  7. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
  8. Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi.
  9. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
  10. Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.
  11. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati. Ketepikan seketika utk proses pengisian pada tart
  12. Ambil sesudu kecil inti kastad & bubuh ke dalam mangkuk tat yg telah sejuk tadi. (boleh mengisi isian kastad ini ke dlm piping beg lalu picitkan satu-persatu pd mangkuk tat).

Thursday, December 30, 2010

Marvelous!!! Pizza dan Spaggeti

Di sebabkan hari ini 31.12.2010 cuti umum yang telah di istiharkan oleh PM gara-gara Malaysia menang piala AFF Suzuki, mulalah trpikir nak buat ape untuk menu pagi. Kebetulan hubby nak makan spaggeti dan anak2x pula nak makan pizza, so ape lagi teruslah ke TMC-Bangsar pergi membeli bahan2x untuk buat spaggeti dan pizza. Resepi pizza ini di ambil dari website http://www.blogresipi.com/ minta izin yer. Resepi untuk spaggeti pula telah diberikan oleh adik.









Sunday, December 26, 2010

Persediaan Faisal, Fidos dan Maya untuk kesekolah.

Lama dah tak berblogger. Pejam celik lagi seminggu nak buka sekolah. Bulan berbelanja untuk penyediaan barang-barang persekolahan Faisal, Fidos dan Maya. Hari ini rasanyer sudah selesai semua pembelian barang-barang untuk anak-anak. Ibu doakan semoga kalian berjaya didunia dan diakhirat.


Yang mana satu kasut "Cinderella"???



Percubaan pertama..



Kasut yang berjaya dibeli oleh Fidos dan Maya. Faisal awal2x lagi dah beli..siap pakai lg untuk buat jalan2x.

Monday, August 23, 2010

Alhamdullilllah.........Bulan Ramadhan A-Mubarak Datang Lagi....

Agak lama juga aku tak up-date blog ini. Rasanyer ingat-ingat lupa dah mcm mane nak up-date. Tibanyer bulan yang mulia ini, bermulalah aktiviti aku untuk membuat kueh raya tempahan dari saudara mara ku. Agak sibok juga lah, tu yang sampai tak sempat nak up-date blog aku. Barulah hari ke 14 berpose aku sentuh blog aku. Disini aku letakkan beberapa aktiviti aku dan family sepanjang bulan Ramadhan.






Ini beberapa kuih raya yang sempat aku buat untuk jualan






Hari ke 4 berpose. Juadah berbuka pose di rumah mak mertua ku. Juadahnyer lebih banyak di beli.
















Nasi Ayam yg telah dipilih oleh maya & fidos.
















Bersama-sama opismate berbuka pose di Sime Darby Convension Centre.

Sunday, July 18, 2010

Lepak dan Sibukkkk..

Masa-masa BBQ sedang berlaku

Saturday, July 17, 2010

HaPPy 39th BirTHdaY tO mE


Alhamdullillah syukur pada Allah s.w.t.... hari ini 17hb Julai, 2010 bersamaan dengan 5 Sha'ban 1431 Hijriah genaplah umur ku 39 tahun. Sudah tua rupanya diri ini. Bermakna banyaklah yang perlu ku lakukan untuk memperbaiki, mempertingkatkan dan menyempurnakan amal ibadatku deminyer.

Syukur yang tidak terhingga ku pangjatkan doa kepadamu Allah s.w.t kerana kau telah memberikanku ruang untuk terus hidup demi mengejar amal ibadatku semata-mata untuk mu dan rasulmu. Aku pun tidak dapat nak agak berapa banyakkah amal ibadat yang telah ku kumpulkan untuknyer.

Dan juga mengurniakan perjalanan hari lahirku yang terindah yang pernah aku lalui di muka bumi ini bersama-sama orang-orang yang tersayang.

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ku yang tak terhitung banyaknyer, berkatilah jodohku, murahkanlah rezekiku, berilah kesihatan yang baik, anak-anak yang baik, panjangklah umurku dan jadikanlah aku hamba yang tunduk dan taat pada mu.....AMIN"

Aku ingin mengingatkan diri ini dengan satu ayat Al-Quran.
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, dan di akhirat kelaklah akan disempurnakan segala balasan. Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka, dan dimasukkan pula ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah beerjaya. Tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya” Surah Ali-Imran ayat 185.

Selamat hari lahir buat diri ini.

Jangan lupa tuntutan Allah pada kita di akhirat kelak.

Sunday, July 11, 2010

BBQ di Kampung Kuantan






Plan tuk buat bbq biasanye d buat oleh adik ipar ku, Puan Norazlin dan terkenal dgn pangilan mak uda oleh anak2 ku. Dua minggu sebloom bbq di buat, mak uda dah sms kami adik beradik blah hubby untuk berkumpul di rumah pusaka toknyer. Klu tak kemana2 ku dan keluarga akan ke sana untuk bercuti diujung minggu...yg pasti kami berasa seperti berada di resort.

Maya, Ain & Lisa sedang membasuh kerang untuk bbq.



Anak2 lelakiku dan sepupunyer sebok dgn NB. Kalau dah dapat NB..payah nak join buat bbq di laman.





Monday, June 7, 2010

Selamat Datang


Sudah sekian lama aku terpikir tuk buat blog sendiri...akhirnyer pd saat ini...ketika ini...waktu ini..malam ini...dan hari ini barulah berjaya aku lakukan...sibok sgt ker mcm xde mase nk buat!!!...he..Eh! sibok giler nie...mengalahkan pm...

Hubby yg byk tolong mcm mane nak godek blog ni...ajar punya ajar sampai boring.....aku terus melompat g buat hantaran tuk ewan..sepupu hubby tuk perkahwinan ari sabtu nie...takut xsempat nk habiskan..buat smpai kol 2.30 a.m..sok kena sambung lagi. Pic yg di atas tu salah satu hantaran yg hampir complete.
Related Posts with Thumbnails